Total Pageviews

Popular Posts

Wednesday, August 20, 2014

Isyarat Kesusahan (Distress Signal)

Isyarat kesusahan merupakan satu isyarat yang dikenalpasti pada peringkat antarabangsa yang bertujuan untuk meminta pertolongan. Selalunya isyarat kesusahan dibuat dengan menggunakan isyarat radio (suara, kod Morse atau digital) atau dengan mempamerkan sesuatu yang dapat dilihat (seperti isyarat bendera, suar atau lampu ) ataupun dengan membuat bunyi-bunyian yang dapat didengar dari jarak yang jauh (wisel dan sebagainya).

Isyarat kesusahan akan menunjukkan seseorang, atau satu kumpulan orang, kapal laut atau kapal terbang, ataupun sebarang kenderaan yang sedang diancam keselamatannya ataupun sedang berada di dalam keadaan yang berbahaya dan memerlukan pertolongan serta-merta.

Penggunaan isyarat kesusahan tanpa sebarang keadaan kesusahan akan melanggar undang-undang tempatan ataupun undang-undang antarabangsa. Sebelum membuat panggilan isyarat kesusahan, kumpul maklumat sebanyak yang mungkin tentang keadaan yang berlaku bagi menyenangkan proses bantuan kecemasan. Sebagai contoh, lokasi, jumlah mangsa, bantuan yang diperlukan dan sebagainya.

Untuk prosidur suara, sebutan "mayday, mayday, mayday" akan menunjukkan anda sedang berada di dalam keadaan yang terancam nyawa. Selalunya sebutan ini akan dipancar pada channel 16 (156.800 MHz) ataupun 2182 kHz untuk kapal laut. Perkataan "mayday" ini berasal dari bahasa Perancis iaitu "maider" yang bermaksud "tolong saya".

Sebelum penggunaan sebutan "mayday", isyarat kesusahan selalunya dihantar dengan menggunakan kod Morse. CQD (CQ DISTRESS atau COME QUICK DANGER) digunakan sebelum SOS (SAVE OUR SOUL atau SAVE OUR SHIP). Terdapat beberapa kekeliruan yang berlaku tentang isyarat MAYDAY-MAYDAY-MAYDAY, PAN-PAN dan juga SECURITY SECURITY SECURITY.

Mayday digunakan dalam prosidur suara untuk memberi isyarat tentang kesusahan yang melibatkan ancaman nyawa manakala pan-pan digunakan untuk memberi isyarat tentang kerosakan. Pan-pan berasal dari bahasa Perancis iaitu panne bermaksud breakdown dalam bahasa inggeris. Pan-pan selalunya digunakan untuk memberi isyarat tentang kerosakan yang melibatkan mekanikal dan juga keadaan dimana pertolongan cemas seperti bantuan medikal diperlukan.

Security security security digunakan untuk memberi isyarat tentang keselamatan seperti cuaca yang buruk, sukar untuk belayar ataupun apa juga isyarat demi keselamatan kapal laut. Tentera laut akan memberi isyarat security bagi memberi isyarat supaya kapal berdekatan menghindari kawasan latihan bagi tentera laut, ataupun kapal besar memberi isyarat kepada kapal kecil supaya beredar.

Bagi radio amatur, jika anda sedang berada di dalam keadaan yang mengancam nyawa dan memerlukan pertolongan cemas, anda boleh membuat panggilan kesusahan pada mana jua frekuensi yang anda rasa akan didengari orang. Jika dalam mod suara, sebut "mayday, mayday, mayday". Jika dalam mod CW, hantar "SOS SOS SOS". SOS sebagai satu bunyi seperti punctual letter, bukan S O S. Tiada spacing di antara S, O dan S. Harus diingat, "mayday" jangan dikelirukan dengan "pan-pan" atau "security security security".









No comments:

Post a Comment