Total Pageviews

Popular Posts

Saturday, November 19, 2011

Bagaimana Untuk Memancar Di 40 Meter Band


Saya tertarik kepada komen yang di berikan oleh pelawat blog saya ini. rujuk komen http://9m2pju.blogspot.com/2011/08/2-meter-audio-on-40-meter.html beliau menulis "Saya TIDAK tahu menahu pun bagaimana untuk memancar di 40 meter".

Apa yang boleh saya kongsikan adalah tentang 40 meter band adalah :

  1. 40 meter band atau 7 megahertz frekuensi untuk kegunaan radio amatur yang melingkungi dari 7.000 megahertz sehingga 7.200 megahertz untuk wilayah IARU pertama dan ke 3. Manakala untuk wilayah IARU ke 2, dari 7.000mhz sehingga 7.300mhz.
  2. 40 meter band telah diberi kepada operator radio amatur di Amerika Syarikat sejak 10 Oktober 1924 pada Persidangan Radio Kebangsaan Ketiga ( Third National Radio Conference ).
  3. Band ini telah diluluskan penggunaannya di peringkat dunia pada Persidangan Radiotelegraph Antarabangsa ( International Radiotelegraph Conference ) di Washinton pada 4 Oktober 1927.
  4. Pada mulanya, untuk wilayah IARU ke 3, 40 meter band hanya diberikan dari 7.000mhz sehingga 7.100mhz, di World Radio Conference pada tahun 2003, semua telah bersetuju untuk mengeluarkan broadcasting station dari 7.100mhz-7.200mhz. Selepas itu, penggunaan 7.000mhz - 7.200mhz diberikan kepada radio amatur.
  5. 40 meter band merupakan satu band yang bagus untuk local communication dan juga untuk DXing.
  6. Di kawasan asia tenggara, hampir lebihkurang 70 peratus band ini digunapakai oleh radio amatur dari Indonesia. manakala selebihnya digunakan oleh radio amatur Malaysia, Filipina, Jepun dan sebagainya.
Jadi bagaimana untuk memancar di 40 meter band ?
  1. di Malaysia, hanya kelas A radio amatur sahaja yang dibenarkan untuk memancar di 40 meter band. Pada waktu artikel ini ditulis, kelas B belum mendapat kebenaran untuk menggunakan frekuensi ini.
  2. had kuasa pancaran di frekuensi ini untuk radio amatur kelas A Malaysia adalah 400 watts sahaja.
  3. anda memerlukan HF transceiver untuk memancar di frekuensi ini beserta antenna. antenna dipole separuh gelombang sudah memadai. lain-lain antenna yang lebih bagus juga boleh digunakan sebagai contoh, yagi, delta loop, log periodic, quad dan lain-lain.
  4. pastikan frekuensi yang ditala pada radio transceiver anda dalam lingkungan 7.000mhz - 7.200mhz kerana ini adalah 40 meter band untuk radio amatur di wilayah IARU ke 3.
  5. pastikan antenna anda match dengan frekuensi yang dipilihan bagi mengelakkan reflected power. jika tidak, antenna tuning unit boleh digunakan untuk menala radio transceiver dengan antenna yang digunakan.
  6. untuk mengetahui tentang bandplan yang disarankan oleh IARU 3, sila download http://www.iaru-r3.org/r3bandplan.doc
Komen saya tentang komen dalam gambar di atas. Saya tidak mengatakan beliau bersalah dalam hal tersebut, rujuk http://9m2pju.blogspot.com/2011/08/2-meter-audio-on-40-meter.html. Posting itu hanya berniat untuk menulis tentang salah satu fenomena yang berlaku di dalam dunia radio amatur sahaja. Pesalah dalam hal ini bukan menjadi isu utama. sebab dan juga kenapa perkara ini berlaku adalah perkara yang perlu kita fikir dan selesaikan. bak kata pepatah, melentur buluh mestilah dari rebungnya.


No comments:

Post a Comment