Total Pageviews

Popular Posts

Monday, August 25, 2014

9M2JKL - Kelab Radio Amatur Jepun Kuala Lumpur
























9M2JKL merupakan callsign bagi Kelab Radio Amatur Jepun Kuala Lumpur. Kelab ini terletak di Seputeh dan dikawalselia oleh radio amatur berbangsa jepun yang tinggal di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Kelab ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar (Dr.) Leo Moggie, menteri tenaga, komunikasi dan multimedia serta Encik Kaunori Nomura, duta Jepun ke Malaysia pada 5 May 1996.



































Rakyat Jepun yang tinggal di Malaysia boleh dikatakan ramai sejak dahulu lagi. Jepun terkenal dikalangan radio amatur kerana memiliki jumlah operator radio amatur yang tertinggi di dunia. Kepesatan ekonomi dan juga teknologi tidak lansung menyekat kadar pertumbuhan radio amatur di negara itu. Malahan, teknologi menjadikan radio amatur itu lebih unik dan banyak teknologi dioleh semula supaya menjadi lebih mengikuti peredaran zaman.


Antara transceiver yang digunakan di kelab ini terdiri dari Yaesu FT-450, FT-757, ICOM IC-706, KENWOOD TS-520. Antenna yang digunakan oleh kelab radio amatur ini adalah, 3-ele Tri-bander (10,15,20m), full-size Dipole (40m), Loaded Dipole (10-80m, incl. WARC), Delta-loop (6, 10m). Banyak lagi peralatan radio amatur yang berada di sana termasuk kekunci morse, power supply dan lain-lain.

Kelab Radio Amatur Jepun Kuala Lumpur ini juga banyak memenangi anugerah hasil dari penyertaan mereka dalam peraduan radio amatur peringkat dunia. Kebanyakkan ahli kelab ini sangat cekap dalam pengoperasian radio dan juga peralatan yang berkaitan. Kelab ini juga menjadi satu tempat untuk rakyat Jepun berkumpul dan berbicara tentang hal-hal berkaitan radio amatur khususnya.


No comments:

Post a Comment